follow





Knows Me Post My Precious Perfect Friends
cerita bermula

Hati berdebar . Pejalanan untuk ke bengkel ERT semakin dilajukan. Setibanya didalam, langkah ku terhenti apabila melihat aku lah yang terlambat. Aku disoal bagaikan telah mencuri seguni gula-gula. Akhirnya, aku dimaafkan dan mengambil tempat duduk. Guru KH menyuruh aku membuka buku teks KH tingkatan 2, Bab 4. Alangkah gembiranya aku, apabila mengeja dan membaca tajuk bab tersebut.


Lalu terukir senyuman yang melebar hingga ke telinga. Aku suka bila menyelak buku teks KH Tingkatan 2, Bab 4 . Yeaa, itu lah bab yang aku nanti kan selama berbelas tahun hidup. Kerja Kursus yang aku terlalu teruja untuk menyiapkan nya. Jantung yang berdegup kencang, mula reda.


Suddenly,  Tiba-tiba jantung mula bergedup laju semula, aku mula tidak reti untuk berduduk diam. Jam ditangan menunjukkan 10pagi. 10minit lagi untuk aku mempamerkan menepekkan menunjukkan muka di perpustakaan. Ya, itu adalah salah satu tugas aku sebagai Pengawas PSS. Tanpa diduga, Cikgu KH kesayangan aku berkata. "Baiklah, pada kelas yang akan datang, sila bawa bahan-bahan masakan untuk dimasak . Jangan lupa untuk menyiapkan resipi dan hantarkan pada hari Isnin."

Yeahh ! resipi pertama yang terlintas didalam kepala otak aku adalah, 'spaghetti' sempena tema Barat yang diberikan. okay rancangan dimulakan. Resipi telah disiapkan. Bahan telah dibeli . Hasil yang masih dinantikan.

Minggu depan tiba,

 Dan ini hasilnya .
 


p/s : Ayat mmg ta bole go. Maaf, aku ta pandai na buat karangan, na bina ayat gramatis mcm korg. Ayat pun tunggang-langgang. Tkpea lah, ini sebahagian daripada latihan membuat karangan kerana karangan yang diberikan oleh Cikgu Khair tidak pernah disiapkan, dihabiskan tetapi berjaya dihapuskan ;)

0 Comments:



<< home ♥

Older Post | Newer Post