follow





Knows Me Post My Precious Perfect Friends
Ampun dan Maaf

Dengan penuh sopan dan lemah-lembut serta senyuman manis dan ikhlas, Assalamualaikum diucapkan :) Ahaks. K k *tiup habuk* Fuhhh lama tak updates. Rindu kuasa 64 kot dekat blog ni. Sorry k sorry. Im quite busy dengan PMR lagi 2minggu. What?!?!?!?!?! :O 2minggu beb. Ya Allah !
Tujuan updates blog ni bukan saja-saja nak habiskan masa. Cuma niat untuk memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Memohon maaf atas segala silap yang sengaja dan tak sengaja. Memohon maaf atas dosa dan kesilapan yang lepas atau yang akan datang , yang sedar dan yang tak sedar. 

Saya hanya manusia biasa yang melakukan kesilapan. Segala baik saya datangnya dari Allah. Segala buruk saya datang nya dari diri saya sendiri. Harap sesiapa sahaja yang pernah saya lukakan hati dengan kata-kata yang sepatutnya saya pelihara daripada terkeluar dari mulut ni , harap dapat dimaafkan .

Dari hati , ampunkan segala dosa saya ye. Doakan 9A dalam gengaman ku. Doakan semoga segala pelajaran ku lekat di otak. Mudah untuk menjawap. Tidak lupa. Tidak cuai. Semoga berkat ilmu didada. Semoga tenang didalam dewan peperiksaan.Semoga Allah membukakan hati. Memberi petunjuk dan hidayah. Minda penuh dengan ilmu. Hati terang dan tenang. Memberi ilmu sepintas lalu. Rezeki melimpah-limpah. Insya-Allah. Aminn Ya Rabbal Al Amin.


Haa, satu lagi. Nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin semua umat Islam . Walaupun raya dah habis, anggaplah ini ucapan paling awal untuk raya tahun depan ye :) babye

Terima Kasih. Assalamualaikum.

0 Comments:



<< home ♥

Older Post | Newer Post